Thursday, 6 September 2012

murid-murid..sekarang kamu semua dah faham kan mengenai proses kitaran air..okey..untuk buatkan kamu lagi faham dan mudah nak hafal tentang proses yang terdapat dalam kitaran air..cikgu ada satu lagu yang best..lagu nie tentang kitaran air..jom kite nyanyi sama-sama..





Assalamualaikum murid-murid semua..hari ini kita akan sambung lagi topik pembelajaran kita mengenai kitaran air atau 'water cycle'. Dalam pembelajaran yang lepas..cikgu ada tunjukan gambar rajah proses kitaran air berlaku.
Cikgu harap berdasarkan gambar rajah tersebut, kamu dah boleh faham sikit2 bagaimana proses kitaran air berlaku.
Okey..hari ini cikgu akan terangkan dengan lebih terperincil mengenai proses-proses yang berlaku dalam kitaran air.

Murid-murid..terdapat tiga proses yang terlibat dalam kitaran air iaitu penyejatan ( evaporation), proses kedua ialah kondensasi (condesation) dan proses yang terakhir ialah titisan hujan ( precipitation). Untuk lebih jelas lagi bagaimana proses kitaran air berlaku..cikgu nak kamu semua tengok gambar  rajah ini pula.


Murid-murid..cuba kamu lihat gambar matahari tersebut iaitu pada nombor 1. Kamu semua tahukan matahari sangat panas dan membekalkan haba. Dalam kitaran air ini..matahari memanaskan air yang terdapat di muka bumi seperti di tasik, sungai, laut dan sebagainya.Kamu boleh tengok gambar pada nombor 2 itu.
Okey murid-murid..setelah air di sungai..kolam..tasik..laut dah jado panas..maka ait tersebut akan tersejat dan bertukar menjadi wap air. Wap air ini akan naik ke atmosfera.Tengok pada nombor 3. Pada peringkat ini, berlaku proses penyejatan atau 'evaporation'.

Murid-murid..wap air yang telah naik ke atmosfera menjadi sejuk dan terkondensasi menjadi titisan kecil. Titisan-titisan kecil ni lah akan bergabung menjadi awan. Pada peringkat ini dikenali sebagai proses kondensasi atau 'condensation'. Kamu semua boleh lihat pada nombor 4 dan 5.
Apabila titisan air bergabung di dalam awan dan menjadi berat, maka titisan air akan jatuh ke bumi. Proses ini dikenali sebagai 'precipitation'. Titisan air yang jatuh ke bumi ini dikenali sebagai hujan. Lihat pada nombor 6. Akhir sekali murid-murid..air hujan yang jatuh ke bumi ni akan mengalir semula ke laut,tasik,sungai dan sebagainya.Proses ini akan sentiasa berterusan dan oleh sebab itulah..air di bumi ini sentiasa ada dan kita sentiasa dapat menggunakan air dalam kehidupan kita seharian.

Wednesday, 5 September 2012

okey murid-murid..hari nie kita akan belajar tentang proses kitaran air atau 'The Water Cycle'. Mungkin ramai di antara kamu yang masih tidak faham macam mana proses kitaran air berlaku dan apakah kepentingan kitaran air ini kepada manusia.

Jom murid-murid..kita lihat bagaimana proses kitaran air berlaku.

Learning Area: Investigating Materials
Learning Objective: Understanding The Water Cycle
Learning Outcomes: - Describe how clouds are formed
                               - Describe how rain is formed


Murid-murid..hari ini kita juga akan belajar bagaimana awan terbentuk dan bagaimana juga hujan dapat turun ke bumi. Jom sama-sama kita lihat rajah di bawah :


Monday, 3 September 2012

Thinking and thinking and thinking

sekarang saya dah jadi cikgu sains..so..saya dah faham macam mane air kat atas bumi nie tak pernah habis..belajar punye belajar..baru saya faham..

Sunday, 2 September 2012

dalam hidup kite seharian..setiap hari kite menggunakan air..contohnya untuk memasak..mandi.basuh baju..dan sebagainya..pernah x kite terpikir dari mane air tu datang kan..

masa kecik2 dulu..selalu terpikir..macam mana air tu tak pernah habis dalam bumi ni walaupun setiap hari manusia menggunakan air untuk hidup..bukan saje kat malaysia..orang2 kat US..England..Arab..pun guna air..tapi air tetap ada dari zaman dulu2 sehingga hari ini..hairan--hairan..hairan...hmmmmm...

What goes around comes around